Beberapa jam sebelum dinikahkan, Ashraf Muslim titip doa depan Kaabah semoga Ardell menjadi isteri solehah

Beberapa jam sebelum dinikahkan, Ashraf Muslim titip doa depan Kaabah semoga Ardell menjadi isteri solehah

BULAN MADU KE MAKKAH, BELUM TETAP TARIKH RESEPSI

Berkongsi mengenai majlis resepsi, pasangan itu belum menetapkan sebarang tarikh tetapi berharap ia dilaksanakan dalam tahun ini.

“Sebenarnya kami sendiri tidak menyangka akan bernikah secepat ini dan pada tahun ini. Namun, saya yakin perancangan Allah adalah terbaik.

“Walaupun persiapan pernikahan tidak lama, ia berjalan lancar berkat sokongan dan bantuan ahli keluarga. Selepas bernikah saya akan mula sibuk berlatih untuk menunaikan misi kemanusiaan ke Yaman dan Syria pada November ini.

“Insya-Allah kalau tiada halangan saya berharap resepsi dapat diadakan pada Oktober,” kata Ardell.

Belum merancang bulan madu, namun pasangan itu bakal mengerjakan umrah hujung tahun nanti.

“Kami tidak ada perancangan berbulan madu namun berhasrat menunaikan umrah dan menganggapnya sebagai bulan madu.

“Selesai misi kemanusiaan, kami akan pergi umrah. Saya perlu melunaskan misi ini dulu kerana ia sudah dirancang sebelum kami bernikah,” kata Ardell.

Ashraf Muslim titip doa depan Kaabah

Setiap doa apabila diminta dengan sepenuh hati, dengan izinNya pasti akan dikabulkan. Begitulah juga dengan pelakon Ashraf Muslim, yang baru-baru ini telah menitipkan doa khas buat pengantin baru Ardell Aryana.

Menerusi laman Instagram Ardell, pelakon itu sempat memuat naik video memaparkan Ashraff Muslim berdoa khas untuknya ketika berada di depan Kaabah, beberapa jam sebelum dia dinikahkan.

Semoga jadi isteri solehah dan ibu mithali

Antara intipati doanya adalah, agar Ardell diampunkan dosa, dimurahkan rezeki, menjadi wanita yang solehah dan ibu yang mithali dan diberikan jodoh yang baik dan dapat membimbing beliau ke syurga.

Sungguh terharu dengan kesanggupan Ashraf Muslim menitipkan doa buatnya, Ardell secara peribadinya meluahkan rasa syukur dan berterima kasih di atas segala doa untuknya.

Syukur diucapkan, semoga segala doa diperkenankan oleh Allah. Selamat pengantin baru, diharapkan bahtera yang dibina ini kekal sehingga akhir hayat.

Beratus kali ajak kahwin, rupanya Ardell yang merisik Nadzmi dulu dengan senaskah Al-Quran

Daripada status kawan baik, kini pelakon Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah dan Nadzmi Adhwa telah pun sah bergelar pasangan suami dan isteri.

Menurut Ardell, sebenarnya sudah beberapa kali Nadzmi meluahkan hasrat untuk berkahwin dengannya, namun dia menolak kerana masih menganggap pelakon kacak itu tidak lebih daripada seorang sahabat baik.

Sama cantik sama padan, Nadzmi Adhwa, 27, dan Ardell Aryana, 29, yang akhirnya bersatu sebagai suami isteri pada 1 Muharam (1 September) lalu selepas lapan tahun berkenalan.

Keikhlasan Nadzmi meruntun jiwa Ardell yang pada awalnya hanya selesa sebagai kawan dan akhirnya Ardell sendiri merisik serta mengajak Nadzmi berkahwin.

Bagaikan orang mengantuk disorong bantal, pasangan yang mula rapat ketika sama-sama terbabit dalam drama bersiri Namaku Bedah pada 2015 itu sepakat melakukan persiapan dalam tempoh dua bulan saja.

Bersyukur segalanya berjalan lancar, dengan sekali lafaz Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin sah menjadi isteri Nadzmi Adhwa Nor Adzmi.

“Alhamdulillah saya bersyukur segala yang dirancang berjalan lancar walaupun persiapan dilakukan hanya dalam tempoh dua bulan.

“Selama ini ramai yang mendoakan jodoh kami dan doa mereka dimakbulkan. Saya juga tidak menyangka jodoh kami kuat sehingga masing-masing bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan,” katanya.

Minta dia khatamkan dan fahami…

Lebih-lebih lagi dengan jarak usia tiga tahun, Ardell, 29, manakala Nadzmi ,26, membuatkan pelakon wanita itu merasakan hubungan mereka bagaikan kakak dan adik.

Namun, segalanya mula berubah selepas Ardell sendiri membuat keputusan untuk merisik sahabatnya itu, dengan memberi senaskah kitab suci Al-Quran untuk dikhatamkan.

Quran sudah dikhatamkan jadi hantaran

Malah, dengan Al-Quran yang berjaya dikhatamkan itu jugalah dijadikan hantaran buat Ardell berserta dengan mas kahwin bernilai RM300.

Apabila ditanya mengenai soal anak pula, Nadzmi menjawab bahawa mereka menerima sahaja jika diberikan rezeki awal untuk menimang cahaya mata.

“Soal anak pula kami tak merancang, kalau rezeki datang awal kami terima dengan hati terbuka…” Difahamkan, majlis resepsi bakal diadakan dalam bulan Oktober atau November, memandangkan kedua-dua mereka masih lagi terikat dengan tugas.

Sumber dari mStar Online