Shila Amzah bersyukur, selamat melahirkan anak merdeka. Its a baby boy.

Shila Amzah bersyukur, selamat melahirkan anak merdeka. Its a baby boy.

Tahniah diucapkan kepada penyanyi Shila Amzah, yang teah selamat melahirkan anak sulungya semalam di UKM specialist centre. Berita ini dikongsi oleh ibunya sendiri di laman akaun instagramnya.

Bayi lelaki berkenaan dilahirkan secara Ceserean dengan berat 2.88 kilogram pada jam 11.43 malam semalam. Ibunya berkata bahawa shila dan bayi berada dalam keadaan sihat dan stabil.

‘Syukur ke hadrat Allah swt diatas nikmat dan rahmat yang dikurniakan. Semalam kita semua menyambut Hari Merdeka & Awal Muharram dan semalam juga lahirlah Cucu ke 2 saya. Shila selamat bersalin secara Cesarean jam 11.43 malam tadi seberat 2.88kg..Baby Boy.

Ibu dan Anak kedua2 nya sihat..Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah… Terima kasih yang tak terhingga kepada Saudara mara Sahabat handai dan juga followers saya yang tidak henti2 memberikan ucapan serta doa kepada anak saya…

Terima kasih sekali lagi. Semoga Allah merahmati kalian. . Semoga kita semua dirahmati, dilimpahi kasih sayang dan kebahagiaan diDunia dan diAkhirat… Amin Amin ya Rabbal A’lamin..’

“Sha dan Haris sangat terharu dengan semua ucapan dan doa semua, terima kasih banyak. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT diatas limpah kurniaNya dan rezeki. Memperkenalkan, Seth Uwais Bin Haris Idraki”

“Sekarang Sha di nasihatkan untuk berehat oleh doktor setelah 55 jam 43 minit Sha berada dalam labour. Doakan Sha cepat sihat ya? Sorry tak dapat balas semua, tapi Sha dan Haris hargai sangat,” tulisnya.

Semoga kesihatan Shila dipermudahkan begitu juga dengan proses berpantang selepas ini. Tak sabar nak lihat wajah comel bayi pertama Shila! Tahniah sekali lagi diucapkan buat pasangan ini.

Komen warganet;

Yeahoo alhamdulillah…

Shila Amzah bersyukur, selamat melahirkan anak merdeka. Its a baby boy.

Selamat berpantang…

Shila Amzah bersyukur, selamat melahirkan anak merdeka. Its a baby boy.

Baby merdeka…

Shila Amzah bersyukur, selamat melahirkan anak merdeka. Its a baby boy.

“Syukur Alhamdulillah, Sha selamat melahirkan our first baby malam tadi pada 31 August 2019 (jatuh pada Hari Merdeka dan Awal Muharram) , jam 11.43, secara emergency c section, seberat 2.88kg. Sha dan Haris sangat terharu dengan semua ucapan dan doa semua, terima kasih banyak. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT diatas limpah kurniaNya dan rezeki. Memperkenalkan, Seth Uwais Bin Haris Idraki”

Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Binti Amir Amzah lahir pada 13 Ogos 1990 di Kuala Lumpur. Merupakan anak sulung kepada penyanyi 1980-an, Amir Amzah Saleh atau ND Lala bersama pasangannya, Fauziah Sarman.

Shila mula menceburi bidang seni sejak usia sembilan tahun iaitu pada tahun 1999. Shila jua memegang peranan sebagai penerbit rakaman, penulis lagu, pelakon dan ahli perniagaan. Kerjaya seninya berkembang sehingga ke peringkat antarabangsa, khususnya negara Cina selepas menjuarai pertandingan nyanyian Asia Wave yang berlangsung di Shanghai pada tahun 2012 dengan ganjaran RM5 juta serta 6 tahun kontrak rakaman bersama Shanghai Media Group.

Turut merangkul gelaran naib johan Bintang Kecil RTM pada tahun 2000, naib johan One in a Million musim kedua, juara Shanghai World Star Quest (SWSQ) pada tahun 2008 serta naib johan Anugerah Juara Lagu 2012 dan 2015. Merupakan penyanyi Malaysia yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2018.

Sumber dari Kaki Lipat