Pasukan penyelamat temui may4t wanita dalam kawasan pencarian Nora Anne

SEREMBAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, memasuki hari kesepuluh hari ini sejak gadis itu dilaporkan hilang daripada sebuah resort di Pantai, Seremban, 4 Ogos lepas.

Keberadaan dan nasib remaja itu terus menimbulkan tanda tanya bukan sahaja di kalangan masyarakat, bahkan juga di kalangan pengamal media tempatan dan antarabangsa yang telah berkampung di lokasi kejadian sejak hari pertama Nora Anne dilaporkan hilang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Nor Marzukee Besar dalam kenyataan ringkas di aplikasi WhatApps di Nilai memberitahu media yang mereka dibenarkan mengikuti petugas Op SAR buat kali kedua selepas pelawaan pertama dibuat semalam.

“Anda hendaklah melapor kepada Inspektor Harminder di substek (khemah pusat operasi SAR). Adalah diingatkan risiko keselamatan adalah tanggungjawab sendiri,” katanya ringkas.

Operasi bagi mengesan Nora Anne yang memasuki hari kesepuluh hari ini, setakat semalam membabitkan 353 anggota, pasukan SAR terbesar setakat ini dengan sidang media akan perkembangan pencarian hari ini dijangka diadakan pada pukul 5 petang ini.

Jumpa Satu May@t

Polis menemui satu m4yat perempuan di sekitar kawasan pencarian remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, petang ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, berkata m4yat itu ditemui kira-kira dua kilometer dari resort penginapan remaja berkenaan di Pantai, dekat sini.

Bagaimanapun, identitinya itu masih belum didedahkan pihak polis.

“Pasukan dari PGA, JPNS dan orang asli akan memberi tumpuan di kawasan hutan manakala selebihnya operasi pencarian dilakukan di kawasan penempatan penduduk dan sekitar pantai,” katanya.

Dalam pada itu, pihak berkuasa turut meminta orang ramai menyalurkan sebarang maklumat atau menemui remaja itu segera dimaklumkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, resort tersebut dalam status Facebooknya memaklumkan, pihak pengurusan dan kakitangan Dusun sedang bekerjasama dengan polis mencari remaja berkenaan.

Pihaknya turut melahirkan kebimbangan atas kehilangan remaja itu dan berdoa agar Nora ditemui dengan selamat selain meminta kerjasama orang ramai segera menyalurkan maklumat berkaitan remaja itu.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan seorang remaja warga Ireland yang mengalami masalah lembam hilang dari rumah penginapan ketika bercuti dengan ahli keluarganya di Resort The Dusun Pantai Hill di sini pagi semalam.

Mangsa Nora Anne Quoririn, 15, disedari hilang jam 8 pagi selepas didapati tiada di biliknya.

Polis turut menutup laluan ke resort itu dengan memasang garisan kuning sejak jam 2.30 petang tadi bagi menghalang orang luar termasuk media memasuki kawasan berkenaan.

Anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) termasuk pasukan f0rensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta keluarga m4ngsa dilihat memasuki kawasan itu sebentar tadi.

Nora Anne yang mengalami masalah lembam sebelum ini dilaporkan hilang ketika menginap di resort The Dusun, di Pantai pada 4 Ogos lalu sebelum pihak berkuasa melancarkan operasi SAR di kawasan berkenaan.

Jumlah kekuatan anggota SAR juga bertambah kepada 348 orang setakat jam 10.30 pagi tadi berbanding sebelumnya seramai 296 orang.

Turut serta dalam operasi hari ini, kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dan pengamal media yang berkumpul sejak jam 8 pagi di kaki Gunung Berembun.

Turut kelihatan sekumpulan lima orang pengamal perubatan Islam daripada Rawatan Tradisional Sulafusoleh yang menawarkan diri membantu dalam operasi mencari dan menyelamat Nora Anne.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman turut memaklumkan, pasukan polis dari England, Ireland dan Perancis juga kini berada di Malaysia untuk membantu siasatan berhubung kes kehilangan remaja itu.

Pasukan tersebut berada di sini sejak minggu lalu namun mereka tidak terlibat dalam operasi SAR sebaliknya hanya dari segi siasatan kes.

Sebelum ini, keluarga Nora Anne Quoirin menawarkan wang ganjaran RM50,000 kepada mana-mana pihak yang menyalurkan maklumat sehingga berjaya menemui anaknya itu yang hilang sejak 4 Ogos lalu (Ahad) di Resort The Dusun Pantai Hill di sini.

Kenyataan itu merupakan kali pertama dibuat oleh ibunya, Maebh Jaseprine Quoirin di hadapan agensi media di Balai Polis Pantai petang tadi.

“Nora merupakan anak kesayangan pertama kami dan juga anak istimewa kami. Kehilangannya benar-benar meninggalkan kesan mendalam kepada kami.

Sumber dari Sinar Harian