“Pagi Mak MeninggaI, Allah Tak Gerakkan Abang Sekeluarga Bangun. Sedihnya Tak Dapat Tatap Wajah Terakhir Mak Sendiri.”

Apabila Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan kepada kita sebagai anak-anak untuk berbuat baik kepada ibubapa, Allah tidak sekadar memerintahkan “kebaikan”, tetapi memerintahkan ihsan yang bererti kebaikan yang melebihi neraca kebiasaan.

Untuk berbuat ihsan kepada ibubapa, ia memerlukan satu peng0rbanan yang besar. Akan tetapi bagaimanakah hendak berk0rban untuk ibubapa jika kita sendiri sibuk dengan pembelajaran, kerjaya dan keluarga sendiri? Caranya adalah mengimbangi antara urusan kita sendiri dan urusan ibubapa.

Kisah ini cukup menyentuh hati, bagaimana seorang anak yang tidak berkesempatan melihat wajah terakhir ibunya sebelum dikebvmikan. Inilah realiti pada zaman ini, kebanyakan anak-anak sibuk dengan urusan sendiri sehingga mengabaikan ibu bapa.

Semoga kita semua mendapat pengajaran daripada apa yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Mokhtar ini.

Ada yang menganggap dengan menghulurkan duit belanja setiap bulan sudah memadai, sebaliknya ibu bapa ni bukan hanya nakkan duit tetapi perhatian dan kasih sayang dari seorang anak. Nak nak lagi dalam usia yang sudah lanjut ini. Semoga kisah ini tidak berlaku dalam kehidupan kita sekeluarga.

Pagi tadi saya sarapan dengan seorang kawan. Dia baru kehilangan mak mertua dia 3 hari lepas. Meningal sebab sakit tua.

Dia tak kelihatan sedih sangat. Agaknya sebab sebulan lebih dah terlantar, dia dengan isteri yang jaga di rumah. Memang sebulan sebelum tu, arw4h datang ke rumah.

Dah jadi rutin, 4 bulan duduk rumah dia, sebulan balik kampung. Lepas tu datang balik. Begitulah.

Jadi datang yang kali ini, 4rwah sakit kuat. Lepas sebulan meningal. Dia kata Tuhan mudahkan urusan. Meningal jam 3:30 pagi, pukul 11:00 pagi esoknya selesai kbumi.

Kejiranan taman dia tinggal di Shah Alam sana sangat membantu. Pukul 3:45 pagi dah ramai bantu itu ini. Syukur dia kata.

Cuma dia terkilan 1 perkara.

“Agaknya Tuhan nak tunjuk benda ni dekat mata aku sendiri. Aku cerita ni kita ambil lah pengajaran,” dia berubah ke nada serius.

Saya mendekatkan muka. Nak dengar betul-betul.

“Tentang abang ipar aku. Duduk tak jauh pun. Dekat Sepang sana. Tapi tak selalu datang ziarah masa arwh masih ada. Padahal dekat.”

Nak jadikan cerita, pagi hari kejadian tu, Tuhan tak gerakkan abang ipar dia bangun tidur. Bukan dia sahaja, isteri dan anak-anak dia pun tak sedar.

“Aku telefon dia ni berkali-kali. Missed calls aku sahaja dekat henfon dia 21 kali. Langsung dia tak angkat.

Biasanya dia akan bangun sembahyang subuh. Pagi tu seorang pun tak sedar,” dia sambung.

Entah pukul berapa abang dia sedar, dah berpuluh missed call, siap ada mesej baru dia dapat berita mak dia dah tak ada.

Bersiap dari Sepang ke Shah Alam, sampai ke tanah perkuburan jenazah dah siap kebumi. Dah habis tahlil pun.

Ya Tuhan. Sedihnya. Dia tak dapat tatap wajah akhir mak sendiri.

Banyak kali kawan saya ulang, “padahal dia dekat sangat. Famili dari Kuala Kangsar sana pun sempat sampai pagi tu.”

Kawan saya kata, pada dia itu didikan Tuhan. Kalau kita tak nak sangat jumpa dan ziarah mak kita, nanti Tuhan pisahkan betul-betul.

Sampai tak sempat nak tengok langsung. Allahu.

Saya yang mendengar pun sedih. Terus terbayang muka Ummi. Nak menangis pun ada.

Kawan-kawan,

Selagi orang tua kita ada, ziarahlah selalu. Andai jauh dan kalian tinggal berjarak, hubungilah selalu. Kita tak tahu sampai bila Tuhan bagi peluang untuk kita khidmat ke ibu bapa kita.

Begitulah.

Firdaus Mokhtar,
Masih bersedih.

Dalam agama Islam, kedudukan ibu bapa teramat tinggi di sisi Allah sehinggakan keberkatan kehidupan seorang anak tidak akan mampu diperoleh tanpa mendapat restu dan keredaan daripada orang tua mereka.

Walaupun ramai dalam kalangan mereka sedar betapa tingginya kedudukan ibu bapa dalam kehidupan, masih ramai lagi dalam kalangan anak-anak masa kini yang mengambil sikap tidak peduli terhadap kebajikan orang tua masing-masing.

Justeru, ramai dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak terpaksa hidup bersendirian dalam keadaan kurang sempurna disebabkan sikap anak-anak yang tidak bertanggungjawab.

Oleh yang demikian, semasa ibu bapa masih berada bersama-sama kita di dunia ini, anak-anak perlulah mengambil tindakan segera agar kehidupan mereka akan mendapat keberkatan.

Sumber dari Nasihat Ustazah