“Puas tak hati akak cakap saya Iempang akak? Saya sentuh akak pun tak’ – Owner Honda Civic jawab tuduhan akak mengandung 9 bulan

Susulan laporan polis seorang wanita hamil yang mendakwa dik4sari pemandu Honda Civic JTM****, pemilik kereta itu tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan dia sedikit pun tidak menyentuh wanita berkenaan.

Shahril Zainal kesal wanita itu bukan sahaja meng4ibkannya, malah telah memftnahnya sehingga dia dim4ki h4mun oleh netizen di media sosial.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7 petang Isnin di kawasan tempat letak kereta berdepan dengan Family Mart Jalan Molek, Taman Molek, Johor, m4ngsa yang mengandung sembilan bulan, telah membuat laporan di Balai Polis Taman Johor Jaya.

“Berlaku sedikit salah faham antara saya dengan dia di mana punca perselisihan faham itu adalah kerana parking.

“Lelaki itu telah memarahi saya dengan kata-ata kurang enak kerana saya menghalang laluan parking dia.

“Setelah lelaki itu keluar dari Family Mart, tiba-tiba dia meluru ke arah saya yang sedang menolak motosikal sehingga saya terjatuh. Saya bangun dan dia sekali lagi datang meIempang serta menoIak kepala saya.

“Untuk makluman, saya mengandung sembilan bulan dan sedang menunggu masa. Saya tidak mengalami sebarang keced3raan, namun tidak berpuas hati kerana lelaki itu berkata dia tidak kisah jika saya buat laporan polis kerana dia ada mengenali pegawai kanan berpangkat DSP,” katanya.

Saya Tak Salah, Wanita Tu Reka Cerita

Menurut Shahril, dia hanya meminta wanita itu meletakkan motosikalnya di tempat yang sepatutnya. Tetapi, permintaannya itu dibalas dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.

OKEY, ini cerita sebenar. Saya terpanggil untuk komen. Saya arahkan puan ini untuk masuk parking sebab parking situ dah penuh. Boleh tengok gambar parking dia tengah-tengah.

Dia jawab, “Pergilah cari parking dekat tempat lain la”.

Isteri saya pegang baby masa tu, takkan saya nak double park? Motosikal itu masuk je la dekat dalam. Dia bising-bising kat saya. Saya keluar, saya cakap pada dia dengan suara yang tegas.

“Masuk je pun, susah ke?”

Dia melawan, saya pun berbalah. Masa saya nak masuk Family Mart, dia sound.

“Baru pakai Honda dah berlagak.”

What?? Kenapa perlu labelkan orang macam tu? Saya pun cakap, “Dah b0doh tu bod0h la. Parking pun tak tahu.”

Saya pun beli oden, oden pun takde, habis. Saya keluar, dia tengah ambil gambar kereta saya. Untuk apa ambil gambar? Privacy tu. Nak viral?

Dia tak perasan saya datang, saya jerkah dia sambil tepuk lampu depan dia. Dia mengelabah dan hampir hilang kawalan sebab duduk atas motor.

Saya: “Ko nak buat apa ambil gambar kereta aku?”

Dia: “Nak viralkan,”

Then saya cuba halang sambil cuba mengambil telefon bimbit dia. Walillahi demi nama Allah saya tak ada sentuh pun perempuan ini. Dia terus rakam, then anak dia keluar, dia suruh rakam juga. Saya cakap dengan anak dia, “Suruh parking dalam pun susah ke?”

Dia cakap nak buat report polis, saya jawablah juga, nanti saya pun buat (laporan polis) dengan member saya juga. Tapi saya tak rasa benda ini boleh panjang macam ni, siap viral bagai.

Satu nak pesan puan, kalau setakat jatuhkan air muka saya sebab fitnah saya Iempang akak, biar Allah yang balas.

Saya cuit puan pun tak, cuma k4sar mulut dan jerk4h masa nak ambil gambar kereta.

Satu Malaysia tau m4ki saya. Tanya diri puan dalam-dalam, puas tak hati puan buat cerita macam ni? Puan imbas balik, betul ke saya ada Iempang akak masa tu dan tolak akak jatuh?

Sumber: Shahril Zainal via The Reporter