‘Saya Teringin Nak Beli Rumah’ – Kisah Hidup Rider Lazada, GrabFood Buat 2 Kerja Dalam Sehari Dapat Perhatian Ramai

Memang tak dapat dinafikan lagi dengan melakukan hanya satu pekerjaan tidak cukup untuk menampung ekonomi diri dan keluarga. Segelintir individu terpaksa melakukan dua pekerjaan bagi menampung kos sara hidup terutamanya tinggal di bandar.

Setiap orang mempunyai usaha yang pelbagai untuk meneruskan hidup. Ada yang selesa dengan melakukan satu sahaja pekerjaan kerana mendapat imbuhan yang besar. Ada juga individu yang terpaksa melakukan lebih daripada satu pekerjaan bagi menampung setiap tanggungjawab.

Sebuah tweet dan foto dimuatnaik Firdaus Aizat ini menarik perhatian netizen dengan kerajinannya mencari rezeki demi keluarga. Di sebelah pagi bekerja sebagai penghantar barang Lazada kepada pelanggan manakala petang pula part-time sebagai Grab Food. Inilah sifat yang perlu dicontohi kita semua!

Pemuda tersebut yang sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan dilihat begitu bersungguh bagi menampung kehidupan bersama keluarga. Ternyata kesungguhannya dalam mencari pendapatan dipuji warganet.

Ingin membeli rumah sendiri

Menurut temubual bersama Firdaus Aizat atau nama sebenarnya Raja Noor Firdaus, kini dia melakukan dua pekerjaan iaitu sebagai posmen penghantaran barang dan di sebelah petang pula sebagai Grab Food.

Dia terpaksa mengorbankan masa rehatnya demi menyara kos sara hidup keluarga dan mengejar untuk mendapatkan aset berharga iaitu rumah.

Saya melakukan dua pekerjaan ini sebab ingin membeli rumah atas nama sendiri. Sekarang saya, isteri dan anak tinggal di rumah ibu mentua buat seketika.

Saya bekerja di Lazada pada sebelah pagi bermula 8 pagi dan habis waktu bekerja sekitar 2 petang, dari hari Isnin hingga Sabtu sahaja. Manakala, sebelah petang pula saya akan buat Grab Food hingga ke 8 atau 9 malam.

Setiap hari saya akan tidur dan rehat pada pukul 12 tengah malam. Selepas pulang kerja, saya akan meluangkan masa dengan isteri dan anak. Dan akan bangun semula pada Subuh untuk bersiap pergi kerja pada pukul 8 pagi. Kena korbankan masa rehat.

Isteri turut membantu cari rezeki

Firdaus Aizat turut berkongsi jumlah pendapatan yang diperolehinya setiap bulan dari hasil dua pekerjaan yang dilakukan itu. Malah, isterinya Nurul Nabila Shamsudin turut membantu suami meringankan beban dengan menjalankan perniagaan bubble tea secara kecil-kecilan dan menjadi jurusolek (MUA) untuk events atau majlis perkahwinan.

Anggaran pendapatan bulan yang saya perolehi sebagai Lazada sekitar RM2030 tidak termasuk komisyen. Manakala, Grab Food bulanan saya dapat kira-kira RM800 hingga RM900.

Jadi, jumlah kasar setiap bulan saya perolehi RM3,100. Timing kerja di Lazada juga tidak terikat. Jika habis kerja awal, saya akan melakukan Grab Food pula.

Isteri juga turut membantu saya mendapatkan wang sara hidup buat kami dengan mengambil upah sebagai MUA dan meniaga bubble tea. Alhamdulillah, buat masa sekarang kami mampu untuk menyara hidup. Setiap bulan saya menyimpan RM1000 komitmen untuk beli rumah.

Perlu ada terget untuk terus usaha

Tambahan, Firdaus Aizat turut menyarankan dan menasihati anak muda untuk mengorbankan masa remaja demi masa depan kita dan keluarga. Hidup perlu mempunyai target untuk kita terus berusaha mendapatkan wang.

Saya letakkan target memiliki sebuah rumah untuk saya terus bekerja keras. Kalau kita tak ada target, kita mungkin tak akan berusaha untuk memperolehi sesuatu yang kita mahukan. Saya turut menyarakan anak muda untuk terus berusaha mendapatkan kerja, tidak kira apa saja peluang kerja sekali pun.

Sumber: Firdaus Aizat via Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *