Bro Firdaus SAMAN Siti Kasim RM 2 juta

Siapa yang tidak kenal Siti Kassim, seorang peguam dan aktivis sosial yang mencetuskan kontr0versi di negara kita. Bagi isu berkaitan alam sekitar dan undang-undang mungkin itu kepakarannya sehinggakan di panggil berceramah di pentas-pentas politik. Namun memasuki isu agama, itu bukan bidang yang harus dia ulas.

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung yang juga Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) mengemukakan saman sebanyak RM2 juta ke atas peguam, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim hari ini. Menerusi laman sosial Facebook peribadinya, Firdaus memaklumkan, saman f1tnah ke atas Siti Kasim dibuat kerana aktivis sosial itu telah memf1tnahnya dalam laman media sosial sama sebelum ini.

“Ini bukan saman kerana Puan Siti mencabar saya berdebat dan kemudian… ini saman f1tnah kedua saya selepas Arunakiri Nathan yang memf1tnah saya sebelum ini. Insya-Allah ini bukan yang terakhir, minggu depan seorang lagi yang berprofil tinggi juga akan disaman.

“Cukuplah selama ini mereka bebas bercakap dan berbuat sesuka hati tanpa ada tindakan undang-undang. Zaman kita berdiam diri dan diser@ng bertubi-tubi sudah berakhir. Kita perlu ser@ng dengan ilmiah serta tindakan undang-undang.

“Doakan kemenangan kita semua. Semoga ada kebaikan daripada saman ini dan keharmonian negara berdasarkan Rukun Negara serta nilai ketimuran terus terjaga,” katanya. Sebelum ini, Firdaus membuat laporan polis terhadap dua individu berhubung f1tnah dan ugutan diterima ke atasnya termasuk bun0h melalui laman sosial Facebook.

Laporan berkenaan dibuat beliau susulan f1tnah oleh seorang individu sekali gus mendorong seorang individu lain membuat komen ugutan bun0h. Firdaus mendakwa, kejadian itu disedarinya apabila seorang pemilik akaun bernama Arunakiri Nathan berkongsi status FB beliau.

Susulan itu katanya, seorang pemilik akaun bernama Pandian Sam kemudian meninggalkan komen menggug0t bun0h. “Tud0han dan f1tnah berterusan daripada seorang pemilik akaun, Arunakiri Nathan menyebabkan ramai individu membenc1 dan mengug0t saya.

“H@sutan yang berterusan pengh@sut penganut Hindu membenc1 saya serta melaga-laga di antara penganut agama Hindu dan Islam,” kata Firdaus.

Persoal Kewujudan Tuhan

Sebelum ini, kebanyakan kenyataannya berkenaan perkara-perkara Islam begitu keras. Sehinggakan pernah mempersoalkan kewujudan Tuhan. Tindakan Siti Kassim pernah ditegur oleh Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Mohd Nor namun, apalah sangat nasihat mufti bagi dirinya.

Tidak cukup dengan perkara-perkara berkaitan Islam, ‘kelancangan’ Siti Kassim diteruskan lagi dengan mengajak pendakwah terkenal, Firdaus Wong Wai Hung berdebat pada bulan lalu. Memetik laporan Utusan Malaysia, Siti Kassim tidak berkenan dengan hantaran yang ditulis oleh Firdaus di Faceook berkaitan berita yang diterbitkan oleh National Evangelical Christian Fellowship of Malaysia (NEFC) mengenai misi pertubuhan itu terhadap masyarakat Orang Asli.

Ajak Debat Tapi Tarik Diri

Sungguhpun sudah bersedia dengan pelbagai tajuk, dan ditawarkan tempat oleh banyak pihak untuk melangsungkan program, namun ditolak oleh Siti Kasim di saat akhir, kerana ingin melangsungkan sahaja perdebatan di Facebook bukan dalam program terbuka.

Bagi rakyat Malaysia yang mengikuti perseteruan antara mereka berdua sudah semestinya hampa. Masakan tidak, kel4ncangan Siti Kassim, hanya berlaku di media sosial, tetapi tidak berani untuk tampil beraksi di atas pentas yang terbuka.

Ada Yang Tidak Kena Dengan Undang-Undang Negara?

Beliau mengharapkan agar ada kebaikan daripada saman ini dalam membentuk keharmonian negara berdasarkan Rukun Negara serta nilai ketimuran. Timbul persoalan, bagaimana orang yang mencetuskan pelbagai kontroversi seperti Siti Kassim tidak dikenakan sebarang tindakan oleh pihak berkuasa. Walhal, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan olehnya jelas mengkucar-kacirkan masyarakat.

Tetapi sekiranya individu yang melakukan kritikan dan teguran terhadap raja walaupun niat untuk menegur, akan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan dengan begitu pantas. Malah terus disabitkan bersalah. Jelas, masih ada yang tidak kena dengan perundangan negara.

Pengajaran Kepada Yang Terlalu ‘L4ncang’

Bagi kebanyakan umat Islam, sudah pasti mereka akan menyokong tindakan yang dilakukan oleh Firdaus. Bertengkar di media sosial dan melakukan prov0kasi oleh sesetengah individu tidak mendatangkan sebarang penyelesaian, sebaliknya menimbulkan lagi pelbagai p0lemik.

Sama ada menang atau kalah masih menjadi teka teki yang sukar untuk dijawab. Yang pasti, di era Malaysia Baharu ini, kita mengharapkan agar keadilan berjaya ditegakkan bagi memastikan golongan tertentu tidak menyalahgunakan hak kebebasan bersuara bagi mewujudkan provokasi.

Sumber;: www.ismaweb.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *