Kantoi ‘Rembat’ Kerbau, Sanggup Bakar Kereta Honda Sebelum Larikan Diri

TEMERLOH 12 Julai – Dipercayai bagi menyembunyikan identiti, sekumpulan lelaki bertindak membaakar sebuah kereta yang digunakan mereka untuk mencvri kerbau sebelum melarikan diri di Kampung Desa Baru Purun di sini hari ini.

Difahamkan, dalam kejadian awal pagi ini, sebuah daripada empat kereta digunakan kumpulan lelaki berkenaan rosak dan tidak dapat dihidupkan ketika mereka cuba melarikan diri.

Pengerusi Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) Desa Baru Purun, Mohd. Sabri Abdul Rahman berkata, penduduk yang kebetulan lalu di kawasan itu menyedari kejadian kira-kira pukul 6 pagi tadi.

“Apabila menyedari aktiviti mereka dikesan penduduk mereka melarikan diri menaiki empat buah kereta manakala sebuah kenderaan yang dipercayai tidak dapat dihidupkan telah dibakar.

“Penduduk dapat merampas kembali seekor kerbau yang telah diikat selepas disvntik dengan bahan pelali,”katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau percaya kumpulan lelaki berkenaan nekad memb4kar kenderaan tersebut yang r0sak bagi mengelakkan identiti mereka dikesan.

“Saya telah mengadakan pertemuan dengan penduduk dan tiada penduduk yang bertindak membakkar kereta berkenaan. Penduduk juga tidak sempat membuat halangan di jalan raya bagi mengelakkan kumpulan berkenaan melarikan diri,” ujarnya.

Sementara itu di Terengganu, Persatuan Penternak Negeri Terengganu (PPNT) akur dengan tindakan Majlis Daerah Marang (MDM) menangkap ternakan yang dibiarkan berkeliaran.

Pengerusinya, Abdul Hamid Mohd Salleh, berkata perbuatan segelintir penternak itu membahayakan keselamatan pengguna jalan raya kerana ternakan sering melintas jalan, malah sudah banyak kem4langan termasuk kes m4ut membabitkan pengguna jalan raya merempuh haiwan ternakan.

“Jika lembu dan kambing hilang kerana dit4ngkap penguatkuasa, penternak jangan naik angin kerana mereka sepatutnya bertanggungjawab dan tidak membiarkan ternakan berkeliaran sehingga menimbulkan pelbagai masalah.

“Tidak dinafikan kos makanan ternakan kian meningkat tetapi ia tidak boleh dijadikan alasan untuk melepaskan haiwan ternakan berkeliaran di merata tempat untuk mencari makanan sendiri.

“Saya sokong sekiranya PBT (pihak berkuasa tempatan) bertindak tegas menangani masalah ini dengan menangkap haiwan ternakan yang berkeliaran terutama di tepi jalan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Operasi Menangkap Ternakan Berkeliaran yang dijalankan MDM baru-baru ini.

NSTP sebelum ini melaporkan, MDM menangkap 14 ternakan termasuk lembu dan kambing pada Operasi Menangkap Ternakan Berkeliaran sejak awal bulan ini.

Operasi itu bertujuan menangani masalah haiwan ternakan berkeliaran di Marang, sekali gus membantu menyelesaikan pelbagai masalah penduduk termasuk mencegah kem4langan membabitkan ternakan.

Abdul Hamid berkata beliau kerap mengingatkan penternak terutama ahli PPNT supaya menternak lembu atau kambing dengan kaedah yang disarankan iaitu menempatkan ternakan dalam kandang .

Menurutnya, beliau sendiri menerima banyak aduan mengenai perbuatan segelintir penternak yang sengaja melepaskan ternakan berkeliaran sehingga menimbulkan masalah termasuk naajis haiwan di halaman rumah penduduk.

“Jika penternak rasa tidak mampu untuk menternak menggunakan kaedah yang betul, lebih baik hentikan saja kegiatan menternak kerana ia memberi masalah kepada orang lain.

“Sepatutnya, penternak sediakan kandang bersesuaian untuk ternakan dan kaedah menternak lembu atau kambing secara tradisional dengan lepas bebas sudah tidak sesuai diamalkan pada zaman sekarang.

“Ini kerana banyak kawasan hutan dan lapang yang dulunya menjadi padang ragut haiwan ternakan, kini sudah dibangunkan,” katanya.

Sumber dari Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *