“Lebih rela serah balik anugerah daripada memohon maaf,” – Chef Wan

Chef Selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan yang dinobatkan sebagai Tokoh Ikon Felda 2019 lebih rela menyerahkan semula anugerah tersebut berbanding membuat permohonan maaf berhubung kritikan pedasnya terhadap segelintir peneroka Felda.

Chef Wan yang membuat kenyataan di Instagram miliknya hari ini berkata, sekiranya beliau membuat permohonan maaf sekalipun, permohonan maaf itu hanya untuk sebahagian individu yang terkesan dengan kritikannya itu.

Najib Razak, yang pernah dikritiik keraas Chef Wan, membangkitkan kenyataan selebriti tukang masak itu terhadap segelintir peneroka Felda semalam.

Bekas perdana menteri secara sinis percaya Chef Wan akan sekali lagi memohon maaf atas alasan “diraasuk syaiitan”.

“Ikon Felda bersuara. Dia kata peneroka Felda adalah orang yang malas serta suka berkahwin dua atau tiga.

“Selepas berkahwin pula, peneroka ‘membiak seperti kucing’.

“Tak apa, nanti dia akan meminta maaf dengan alasan bahawa dia sekali lagi dirassuk syyaitan,” tulis anggota parlimen Pekan di Twitter.

Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail semalam dinamakan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai ikon Felda dalam satu acara di Rompin, Pahang.

Beliau selepas itu menulis di Instagram, yang antaranya menasihatkan orang Felda supaya meninggalkan sikap buruk antaranya sibuk menyalahkan kerajaan di kedai kopi dan menunggu bantuan.

“Esok dapat bantuan lain pula ceritanya.

“Ada subsidi baja pun di jual. Dapat duit lebih gatal boleh kahwin dua tiga bini lagi dan beranak anak macam kucing!” katanya.

Chef Wan berkata perkara itu benar-benar berlaku di Felda tempat beliau membesar yang kini semakin turun ke anak cucu.

Ketika era BN, beliau antara segelintir tokoh awam yang bangun menyatakan sokongan terbuka kepada Mahathir bersama Pakatan Harapan dan mengkriitik kepimpinan Najib.

“Bagaimana kamu perlu memohon maaf untuk perkara yang kamu tidak kata secara umum tetapi hanya untuk sebahagian individu di luar sana.

“Sebenarnya, saya lebih rela serah balik anugerah itu daripada memohon maaf walaupun tiada benda yang perlu untuk memohon maaf sebabnya perkara yang benar berlaku semasa saya membesar di Felda. Sejak bila memberitahu perkara yang benar merupakan satu kesalahan,” katanya.

Malah Chef Wan berkata, beliau sudah memberitahu pengurusan Felda untuk memulangkan anugerah itu sekiranya ia merupakan jalan terbaik bagi menggembirakan semua pihak.

“Saya beritahu Felda tadi rasa macam esok nak pulangkan balik anugerah itu. Jadi orang yang tidak suka dengan pandangan saya yang diputar belit akan membuatkan mereka gembira dan puas,” katanya.

Kritiikan pedas Chef Wan mengundang kontr0versi selepas tidak sampai 24 jam beliau menerima anugerah tersebut pada sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan di Felda Selancar 3. Rompin Pahang Ahad lalu.

Chef Wan membuat pandangan pedas dengan menyifatkan segelintir peneroka Felda malas bekerja dan mengharapkan bantuan kerajaan.

Malah, Chef Wan melalui Instagram miliknya turut menyatakan sikap buruk peneroka Felda yang akan berp0ligami selepas mendapat dividen dan kemudian beranak seperti kucing.

Rentetan itu, pelbagai pihak mahu Chef Wan memohon maaf dan ada yang berpendapat bahawa anugerah yang diberikan itu wajar ditarik semula.

Chef Wan pada 21 Januari lalu meminta maaf kepada Najib kerana mahu menammpar mukannya selepas mendakwa BN gagal menguruskan Felda dengan baik selama ini.

“Kepada DS Najib pagi ini saya memohon maaf secara terbuka kerana bahasa yang kurang enak saya telah gunakan di waktu saya merasa amat maraah!

“Tetapi jika kita buat kesalahan yang besar kita mesti telan maruah diri kita untuk mengaku kesilapan diri kita seperti yang saya lakukan pagi ini.

“Ya saya mengaku saya silap bila diraasuk syaiitan dan naik marah!” kata Chef Wan.

Sumber dari Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *