“Saya tidak memaksa ibu menukar agama tetapi jika dia memeluk Islam, sayalah yang paling bersyukur,” – Mark Adam.

“Saya tidak memaksa ibu menukar agama tetapi jika dia memeluk Islam, sayalah yang paling bersyukur,” – Mark Adam.

Facebook

Semalam nama penyanyi Mark Adam menjadi perbualan hangat selepas berkongsikan video dia menghadiahkan sebuah rumah kepada ibunya, Florenda Macaraig Echivarre.

Impian penyanyi Mark Adam untuk memberikan keselesaan kepada keluarga pada 23 tahun lalu akhirnya tercapai apabila dia membuat kejutan menghadiahkan sebuah rumah banglo kepada ibunya di Cebu, Filipina.

Menerusi video yang dimuat naik penyanyi lagu Marry Me itu, Mark dan isteri, Nor Azah Redzuan, 40, membuat kejutan terhadap ibunya, Florenda Macaraig Echivarre, 61, dengan menutup mata dan membawa wanita itu masuk ke kediaman baharu itu.

Menurut Mark, hadiah istimewa itu adalah sebagai membalas semula jasa dan pengorbanan ibunya yang duduk menyewa sebelum ini.

“Mak nanti bila saya dah besar saya akan belikan mak rumah – (1996).

“Terima kasih banyak-banyak kerana menjadikan ia kenyataan @ezzpowers. Kami tak pakai helmet sebab rumah baru sangat dekat dengan rumah sewa lama di kampung.

“Dan mak masih tak percaya ini rumah baru dia. Syukur Alhamdulillah ya Allah,” tulisnya.

Perkongsian menyentuh hati itu dimuat naik Mark di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Beberapa hari lalu, Mark membuat kejutan istimewa apabila menerbangkan televisyen bersaiz 65 inci ke kampung halamannya sebagai hadiah.

“Perjalanan sebuah TV. Pembawa, Ezzpowers, pengarah, saya. Terima kasih Air Asia. Syukur Alhamdulillah,” ujarnya.

Mark sebelum ini memberitahu mengenai projek hadiah kejutan buat ibunya namun tidak mendedahkan secara terperinci jenis hadiah yang ingin diberikan itu.

Sebelum ini, Mark pernah berkongsi mengenai kehidupannya daif ditambah dengan adik-beradik yang ramai dalam keadaan rumahnya yang sempit.

Dalam pada itu, rata-rata peminat termasuk rakan selebriti turut meluahkan rasa terharu dengan ucapan tahniah kepadanya.

Mark Adam doa ibu peluk Islam

Selain itu, mark turut memberitahu mengenai harapannya yang ingin melihat suatu hari nanti ibu tercinta akan memeluk Islam juga. Perkara tersebut disampaikan oleh penyanyi yang popular dengan lagu Katak menerusi Harian Metro.

“Ibu amat menyukai sikap saya sekarang dan dia beritahu banyak perubahan positif terhadap saya selepas memeluk Islam.”

Namun begitu, dia langsung tidak memaksa ibunya untuk menukar agama walaupun menyedari bahawa ibu kandungnya seakan kerap bertanya mengenai Islam kepadanya. Hal ini berikutan perubahan baik yang berlaku dalam diri selepas memeluk Islam pada 2003.

“Saya tidak akan memaksa ibu menukar agama tetapi jika dia memeluk Islam, saya manusia pertama yang gembira dan bersyukur,” katanya.

Berkongsi sedikit sedutan kisah memeluk agama Islam, Mark Adam membuka rahsia yang disimpan rapi selama ini.

Ulasnya menerusi Program Al-Hidayah, penyanyi lagu Si Katak ini menyatakan ibunya menangis di saat dia meminta kebenaran untuk menukar agama.

Saya nak convert Islam, saya tanya mak saya, mak saya menangis. Dia cakap, u cakap dengan ayah.

“Saya cakap, ayah saya kena convert Islam. Satu soalan sahaja ayah tanya, awak gembira tak? 

“Dan saya cakap ya, saya gembira. Ayah saya cakap ok, kau pergi sana,” tuturnya yang telah 17 tahun menetap di Malaysia.

Walaupun berlainan agama, namun lelaki berasal dari Filipina ini masih mengekalkan hubungan baik dengan keluarganya.

Mark bertemu jodoh dengan Norazah Redzuan pada 2003 selepas dua tahun berhijrah. 

Sumber dari Media Hiburan