“Kalau Korea ada 1 Gunhoo, Malaysia ada 2,” – Telatah Anak Kembar Zizie Izette Persis Bintang Cilik K-Pop

“Kalau Korea ada 1 Gunhoo, Malaysia ada 2,” – Telatah Anak Kembar Zizie Izette Persis Bintang Cilik K-Pop

Facebook

Bagi peminat program-program TV dari Korea, pasti korang kenal dengan salah satu program realiti The Return of Superman yang menampilkan anak-anak selebriti dari negara tersebut.

Program yang menampilkan para bapa menjaga anak mereka tanpa bantuan ibu mereka. Dalam program tersebut antara ‘peserta’ paling menonjol adalah anak kepada pemain bola sepak, Park Joo Hoon yang bernama  Park Geon-hoo atau lebih dikenali dengan nama Gunhoo.

Selain rupa yang comal, Gunhoo terkenal menerusi telatahnya yang lucu. Anak kacukan barat- timur ni memang dah terkenal di negara tersebut.

Dalam program tersebut, Gunhoon yang menjadi tumpuan utama penonton termasukah peminat-peminat program Korea di Malaysia ni. Senang cerita Gunhoon ni kanak-kanak famous lah dekat Korea tu.

Disebabkan itu, peminat-peminat K-Pop kat Malaysia ni tersedar yang muka bintang cilik Korea ini ‘sebijik’ macam anak kembar kepada pelakon Zizie Izette ni.

Meh kita tengok gambar-gambar anak Zizie dengan Gunhoon.

Gun Hoon

Telatah dalam TV

Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette

Pelakon itu berkahwin dengan bekas Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar pada 2009. Pasangan itu sebelum ini dikurniakan anak kembar lelaki, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izzete yang lahir pada 29 Disember 2017.

Selain itu, mereka turut mempunyai dua anak angkat, Nayla Nurjenna, 3 dan Aaric Zayn Izette yang kini berusia setahun.

Selain itu, pasangan ini juga mempunyai dua anak angkat, Nayla Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Ezette, 1 . Empat adik-beradiknya yang lain juga adalah anak seni iaitu pelakon Shaheizy Sam (adik), Ahmad Shah Al-Jeffry atau Jeff (abang) bekas anggota kumpulan A to Z, Samzy Fuzette bekas pelakon yang kini terlibat dalam bidang perniagaan dan Jozieta Ronalie Abdul Samad.

Hamil Kembar Zizie Izette Kongsi Rahsia..

Zizie Izette mendedahkan biarpun beliau diberitahu dirinya sukar hamil, namun bayi kembar yang dikandungnya sekarang bukan melalui rawatan kesuburan (IVF).

“Ramai mesej saya secara peribadi bertanya petua mengandung daripada saya dan jika saya ada makan ubat subur atau makanan tambahan untuk hamil. Saya tidak keberatan untuk kongsi jika benar saya melakukannya. Namun saya hamil secara semula jadi tanpa sebarang rawatan”

“Sebelum ini, doktor tidak pernah beritahu saya ada masalah untuk hamil, cuma saya percaya rezeki itu masih belum ada. Kepada sesiapa yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat, saya harap jangan putus asa,” jelasnya  mengenai kehamilannya.

Penantian yang agak lama untuk mendapatkan zuriat sendiri tidak mematahkan semangat Zizie untuk terus berusaha, selain itu Zizie sempat memberi semangat kepada pasangan yang masih tidak dikurniakan anak supaya terus berikhtiar dan berdoa untuk diberikan rezeki.

Berkongsi di laman Instagramnya Zizie memberitahu cara dia menurunkan berat badan hingga mencapai berat badan ideal. Dia berjaya menurunkan berat sebanyak 20 kg dalam masa 44 hari sepanjang tempoh berpantang.

Menurutnya, dia menggunakan khidmat berpantang dari @natalismothercare yang menyajikan menu berkhasiat setiap hari. Namun menurutnya, diri sendiri juga perlu kuat dan tidak boleh ‘tipu’ walaupun jika dalam bilik penuh dengan koklat.

Tambah Zizie lagi, jangan rasa nak susahkan diri dalam berdiet terutama bagi ibu yang menyusu anak. Ini adalah bagi mengelakkan susu badan jadi kurang dan tidak berkhasiat. Dia juga begitu mengawal kuantiti makanan diambil dan juga pengambilan kalori.

Malah menurutnya, menyusu badan juga sebenarnya banyak membantu membakar lemak. Oleh kerana menjalani pembedahan dalam melahirkan, jadi Zizie tidak memberi keutamaan untuk melakukan senaman dalam beberapa bulan ini selepas melahirkan.

Dan walaupun sudah tamat tempoh berpantang, perjalanan untuk menurunkan berat badan tidak akan terhenti. Sebaliknya dia mahu menghilangkan lagi 10 kg untuk kembali langsing seperti sebelumnya.

Gained 16 kg from my last pregnancy and lost almost 20kg in 44 days right after delivery. What I had to do was to follow all @natalismothercare‘s healthy menu every single day! Of course, diri sendiri kena kuat x boleh cheat esp when u hv a room full of chocolate.  

But pls go easy on urself esp breastfeeding mothers out there. Jgn terlalu berdiet smp susu badan jadi berkurangan & x berkhasiat. I always practice portion control and counting calories. Breastfeeding juga bnyk membantu bakar lemak.

So utk kuruskan badan, selain rawatan2 dari Natalis, saya bnyk bg susu badan dan pump utk baby so badan saya bakar lebih calorie dlm satu hari since I’m a c sect mother and exercise is not an option for the first few months after delivery. And my weight loss journey doesn’t end here.

To look good, I need to lose another 10kg! I will take one step at a time. Oleh kerana keberkesanan team Natalis menjaga saya, saya sambung lagi rawatan berpantang selama 28 hari lagi. Yasssss we can do this @natalismothercare.

Dalam posting Zizie juga dia turut memberitahu, sebaik habis berpantang ini, wajahnya makin berseri-seri dan nampak sihat bertenaga.

Ini kerana menurutnya servis berpantang yang diambilnya menyediakan perkhidmatan berurut, tungku, mandia herba, steam bath dan turut dijaga dengan rapi oleh mereka.

Bukan itu sahaja, ketika diakhir berpantang pula, mereka turut memberi perkhidmatan skrub, mask,, mandi bunga dan juga totok wajah. Inilah rahsia wajahnya jadi berseri-seri selepas besalin.

Bukan saya kata ya, org yg kata..(chewah!) selepas berpantang ni saya makin berseri2 & nampak sihat bertenaga. Mana x nya, hari2, diurut, di tungku, mandi herba, steam bath in short, di jaga rapi & di pampered habis2an oleh confinement ladies dari @natalismothercare.

Oh masa tutup pantang pula siap full body treatment and that’s including massage, tungku, scrub, mask, totok wajah (a must try) dan paling BEST3x sekali mandi bunga. Mmg confirm lah berseri2 muka lepas tu.

Sumber dari Lobak Merah