Hampir 30 Tahun Bergelar Isteri Kepada Shah Rukh Khan, Gauri Tetap Memilih Untuk Berdikari Untuk Dikenali.

Hampir 30 Tahun Bergelar Isteri Kepada Shah Rukh Khan, Gauri Tetap Memilih Untuk Berdikari Untuk Dikenali.

Facebook

Rahsia Kebahagiaan 32 Tahun Shah Rukh Khan Dan Gauri Bersama

Siapa yang tak kenal pasangan ini? Walaupun peminat filem Hindustan sudah biasa melihat Shah Rukh Khan di layar perak dengan Kajol, tapi hakikatnya, beliau sudah 25 tahun berumah tangga bersama Gauri!

Oleh sebab itu, kali ini kami ingin berkongsi rahsia perkahwinan bahagia Shah Rukh Khan dan Gauri pada anda.

Mereka bukan saja sudah berkahwin selama 25 tahun, malah sudah lebih 32 tahun hidup bersama.

Pelbagai pancaroba dan halangan telah mereka hadapi. Dan ini merupakan rahsia bagaimana perkahwinan mereka kekal bahagia hingga kini.

Bertuahnya wanita bernama Gauri Khan. Mana tidaknya, bukan saja mempunyai suami yang setia, penyayang, kacak, terkenal dan tiga orang anak yang cantik serta comel.

Bahkan ibu glamor ini juga seorang usahawan yang memiliki empayar niaganya sendiri dalam bidang hiasan dalaman. Hebat!

Nama Shah Rukh Khan bukan lagi asing dalam kalangan rakyat negara ini dan boleh dikatakan terkenal di seluruh dunia. Kehebatan lelaki berwajah manis ini beraksi di pentas lakonan nyata berjaya mencipta aura tersendiri dan beri kesan mendalam kepada para penonton.

Tapi di sebalik bakat besar dan kesenangan yang dimiliki aktor tersebut, ada seorang wanita yang teguh berdiri di belakangnya dan setia memberi sepenuh sokongan terhadap suami tercinta iaitu Gauri Khan.

Meskipun sering menerima tempias populariti suami… namun Gauri enggan terlalu bergantung kepada kejayaan Shah Rukh Khan semata-mata. Sebaliknya, wanita berusia 48 tahun ini tetap mahu berdikari dan menjana pendapatan hasil usaha dirinya sendiri.

Dilahirkan pada 8 Oktober 1970 di New Delhi, India… Gauri atau nama sebenarnya Gauri Chibber dikatakan mula mengenali Shah Rukh Khan pada tahun 1984.

Perhubungan mereka pada mulanya mendapat tentangan daripada keluarga masing-masing namun pasangan romantis ini nekad melangsungkan perkahwinan pada 25 Oktober 1991, selepas tujuh tahun mengenali hati budi. Waktu itu, Shah Rukh Khan baru ‘bertatih’ dalam industri perfileman India.

SRK dipetik dalam sebuah temubual mengatakan –

“Kami sudah kenal lama. Lama sangat dan pelbagai cabaran telah kami lalui. Tapi saya percaya satu perkara. 

Untuk kekal bahagia, pasangan bukan asyik kena berkepit setiap masa. Kena tengok bulan dan sebagainya. 

Cukuplah dengan duduk serumah bersama pasangan. Saya melalui ruang tamu nak ke bilik dan saya nampak Gauri.

Cinta saya takkan pernah padam. Lagipun, kami ada anak-anak yang jadi bukti hubungan romantik kami cukup kukuh, kuat dan mekar.”

Kini, hasil perkahwinan selama hampir tiga dekad… mereka dikurniakan tiga anak iaitu Aryan Khan (21 tahun), Suhana Khan (19 tahun) dan AbRam Khan (6 tahun).

Paling menarik perhatian, biarpun sudah berstatus isteri dan ibu tapi Gauri masih cantik bergaya. Malah pereka fesyen popular India, Satya Paul turut memuji cita rasa fesyen suri hati Shah Rukh Khan ini.

Kami kenal sejak tahun 1984 lagi. Sudah 30 tahun lebih kami kenal masing-masing! Dulu kami ke Mumbai saja untuk berbulan madu.

Sekarang kami sudah ada anak. Anak lelaki saya lebih tinggi daripada saya sekarang. Anak gadis kami pasti akan melebihi tinggi Gauri nanti.

Dan kami ada antara satu sama lain. Dah banyak halangan kami lalui. Semuanya memberi pengajaran buat saya dan Gauri. 

Tapi dari situ kami belajar untuk menjayakan perkahwinan ini. Kami adalah teman, kekasih dan pasangan suami isteri yang tak dapat dipisahkan. 

Kedua-dua pasangan ini sering menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada bulan Oktober. Tahun lepas, SRK turun dari Budapest untuk menyambut ulang tahun tersebut, walaupun sibuk berlakon.

Mereka juga dikatakan sering menyambut dan menganjurkan majlis Diwali setiap tahun.

Kami mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia hingga ke anak cucu. Jom ambil inspirasi daripada kebahagiaan rumah tangga mereka!

Sama-sama kita menyemarakkan hubungan suami isteri dan menjaga ikatan perkahwinan yang suci ini, ya?

Tidak sekadar memiliki rupa paras cantik, Gauri sebenarnya graduan Lady Shri Ram College dan pernah mengikuti kursus pendek seni reka fesyen selama enam bulan di Delhi. Kursus fesyen tersebut barangkali diambil memandangkan bapa Gauri adalah pengusaha pakaian.

Gauri juga bukan calang-calang wanita kerana dia juga bertindak selaku penerbit filem dan membina syarikat produksi, Red Chilies Entertainment bersama suami tercinta.

Terbiasa dengan rutin harian yang sibuk, Gauri turut meluaskan empayar dengan mengusahakan Gauri Khan Designs… sebuah syarikat hiasan dalaman yang menawarkan perkhidmatan rundingan untuk rekaan ruang bangunan mewah, kediaman, pejabat, restoran termasuk hotel dengan penataan dekorasi serba glamor serta klasik.

Antara personaliti yang pernah menjadi kliennya ialah isteri lelaki terkaya Asia, Nita Ambani, Aishwarya Rai, Kajol, dan beberapa selebriti Bollywood lain.

Pandai Gauri mengurus dan membahagikan masa untuk keluarga juga kerjaya. Selain dapat penuhi impian sendiri, penglibatan Gauri dalam perniagaan turut membantu menambah pendapatan keluarga.

Gauri adalah segala-galanya

Shah Rukh Khan antara suami yang tak segan memberi kredit pada Gauri, isterinya atas kebahagiaan rumah tangga mereka.

Lebih-lebih lagi apabila beliau adalah seorang pelakon terkenal. Shah Rukh Khan dipetik mengatakan –

“Susah kalau anda ada pasangan yang merupakan seorang artis. Hidup anda tak lagi melibatkan pasangan saja.

Semua mata di seluruh dunia memerhati tingkah anda. Tapi, Gauri adalah segala-galanya. Sebab dia kami berjaya sekarang.”

Sumber dari Celoteh Sesaje