Aliff Aziz didakwa selepas kantoi hanya kerana sekotak rokok dan lighter.

Aliff Aziz didakwa selepas kantoi hanya kerana sekotak rokok dan lighter.

Facebook

PENYANYI Aliff Aziz didakwa di Mahkamah Singapura atas dua tuduhan mencvri pada Selasa.

Menurut laporan Berita Harian Singapura, Aliff didakwa mencurri wang sebanyak $300 dolar Singapura (RM909) dan 1 juta rupiah (RM296) daripada pelakon Indonesia, Raja Yunika Perdhana Putri.

Aliff didakwa melakukan perkara itu di sebuah bilik di Studio M Hotel, 3 Nanson Road, Singapura antara pukul 12 tengah malam hingga 3 pagi pada 7 Jun lalu.

Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 28, turut berhadapan tuduhan mencuuri sekotak rokok dan pemetik api bernilai S$15.60 (RM47.29) milik Gurwinder Singh di sebuah kafe di Plaza Singapura.

Kejadian kedua itu didakwa dilakukan Aliff pada 6 Ogos lalu sekitar pukul 4.45 pagi.

Raja Yunika pernah meluahkan rasa kurang senang dengan sikap Aliff Aziz.

Penyanyi lagu Sayang-Sayang itu bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin $5,000 dolar Singapura (RM15,000).

Perbicaraan akan disambung pada 1 Oktober ini.

Sebelum ini bekas suami kepada Bella Astillah itu pernah mencetuskan beberapa kontr0versi sejak beberapa tahun lalu.

Dia didakwa bermain kayu tiga terhadap isterinya serta dikatakan menjalin hubungan dengan beberapa wanita dan mendapat perhatian media.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun berpisah pada 16 Mei lalu.

Aliff usaha rujuk Bella?

Bella Astillah mengakui bekas suaminya Aliff Aziz masih menghubunginya namun enggan mengulas lanjut mengenai status rujuk semula antara mereka.

Bella, 25, berkata mereka berhubung sekadar bertanya khabar dan tiada niat untuk [email protected] mahupun memvsuhi Aliff.

“Saya tak bersedia untuk bercerita mengenai soal dia pujuk bagi rujuk semula disebabkan hal ini privasi. Saya reda dan percaya dengan apa yang terjadi dan bakal terjadi kerana Allah adalah sebaik-baik perancang. Saya hanya menunggu.

“Sudah tiga bulan berpisah, saya dan Aliff masih saling menghubungi namun lebih banyak bertanya khabar masing-masing atau anak kami, Ayden. Saya tak nak bermasam muka dengan sesiapa.

“Saya sentiasa percaya kalau ada jodoh, adalah. Tak kisahlah pasangan yang sudah berpisah berpuluh tahun pun,” katanya kepada Harian Metro.

Pelakon kelahiran Sandakan, Sabah itu juga mengakui dia memang sudah memaafkan Aliff dan kini lebih positif menerima perpisahan mereka.

“Sebenarnya bukan mudah untuk ‘move on’ namun saya memilih untuk memaafkannya. Itulah yang memberi saya kekuatan selain rasa lebih tenang dan tanpa dibelenggu rasa sakit hati atau benci.

“Daripada terus bersedih, lebih baik saya gembirakan diri dan fikirkan keluarga serta Ayden. Jikalau bersedih, saya akan terus memandang wajahnya.

“Sekarang pun jarang ada masa untuk saya bersedih disebabkan sangat sibuk dengan kerja,” katanya.

Pada Mac lalu, Bella memfailkan permohonan [email protected] secara baik terhadap Aliff selepas penyanyi Sayang Sayang itu curang dengan beberapa wanita berbeza.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Ayden, yang kini berusia dua tahun.

Sumber dari mStar Online